SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297 Email : alhidayah@ppdkerian.edu.my

Barisan Guru Sekolah

Barisan Guru Sekolah

PANORAMA@AL-HIDAYAH

Loading...

MENGINGATKAN YANG LUPA

INFO RINGKAS SEKOLAH


INFO RINGKAS AL-HIDAYAH

MERANGKUMI PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA (AZHARIAH) SECARA SERENTAK BERMULA DARI TINGKATAN 1-5

MENITIKBERATKAN MINAT KEPADA ILMU AGAMA YANG MERUPAKAN TUNJANG PENTING SEKOLAH INI

KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)+ KURIKULUM AZHARIAH (IDADIE DAN THANAWI)

KOKURIKULUM

MELIPUTI ASPEK UNIT BERUNIFORM + KELAB PERSATUAN + SUKAN DAN PERMAINAN

PRASARANA DAN KEMUDAHAN UTAMA

BANGUNAN KELAS DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SESUAI YANG DIBEKALKAN KPM

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

SEDIAAN GURU TERLATIH OLEH PIHAK KEMENTERIAN

BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT KAPASITI YANG DITETAPKAN

PROSPEK MASA DEPAN

BANGUNAN BILIK DAN KELAS 4 TINGKAT BAKAL SIAP

BANGUNAN ASRAMA LELAKI BERKAPASITI 200 PELAJAR SEDANG DALAM PEMBINAAN

KELENGKAPAN PADANG UNTUK SUKAN DAN PERMAINAN DALAM PERUNDINGAN

MISI 2010

MENJADI SEKOLAH TERBAIK DAN CEMERLANG DI DAERAH KERIAN 2010

PENERIMAAN MASUK ADALAH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG BAIK DALAM UJIAN KEMASUKAN YANG AKAN DIADAKAN PADA AWAL DISEMBER. UJIAN INI AKAN MELIPUTI PENGUASAAN AL-QURAN, JAWI, DAN SEBAHAGIAN MATAPELAJARAN AKADEMIK LAIN

EDISI 5 TAHUN MENJADI SABK

TERIMA KASIH SINAR

MEMO

PROGRAM SEKOLAH 1. AKTIVITI PEND ISLAM : 24 MAC 2012- MTQ DAERAH KERIAN DI SMKA KERIAN : 7 APRIL 2012 - MAHRAJAN KESENIAN ISLAM MEN DI SMK SABAR : 19 MEI 2012 - IHTIFAL IPA KERIAN DI SABAK AL-HIDAYAH

MAKLUMAN AKTIVITI

TERKINI DI FACEBOOK

20 April, 2012

Bengkel Penulisan Jawi 2012

Kuala Kurau, 20 April 2012 - Panitia Azhariah sekolah telah menganjurkan satu sesi bengkel penulisan jawi kepada pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sekolah ini. Bengkel yang bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai kaedah-kaedah penulisan jawi , program ini turut mendapat kerjasama dari semua guru Pendidikan Islam sekolah.

Menurut penyelaras program Ustaz Hamadi Ramli, Fokus utama bengkel ini diadakan adalah kepada pelajar yang telah mempunyai asas dalam mengenal huruf-huruf jawi. Mereka akan didedahkan dengan teknik dan cara menulis jawi mengikut kaedah yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pihak penganjur telah menjemput penceramah yang berpengalaman hampir 4 tahun dalam siri ceramah penulisan jawi ini iaitu Ustaz Sabri Bin Aziz yang juga merupakan salah seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Muazzam Shah Kota Sarang Semut Kedah.
Beliau ketika ditemui, mengucapkan terima kasih kerana usaha pihak sekolah untuk menyebarluaskan teknik dan kaedah yang betul dalam penulisan jawi ini sebagai persediaan kepada pelajar yang terlibat dengan peperiksaan.
'Tulisan jawi ini memerlukan kemahiran dan minat yang tinggi bagi menguasainya, pelajar yang ingin mahir dalam penulisan jawi perlu melalui pendedahan, pembacaan dan pengalaman pelajar itu sendiri, ianya secara tidak langsung meningkatkan penguasaan penulisan'. Ujarnya ketika ditemubual.
Pelajar yang ditemui turut merasa kagum dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel kali ini yang telah memberi pengetahuan baru kepada mereka.
Pelajar yang mengikuti bengkel kali ini turut disertakan dengan buku praktis tulisan jawi yang memberi peluang pelajar berlatih menulis perkataan-perkataan mengikut kaedah yang diajar. Buku ini yang telah disusun sendiri oleh penceramahtelah digunakan oleh sekolah-sekolah agama rakyat sekitar negeri Kedah bagi pengajaran matapelajaran Jawi.
Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah dan menaruh harapan kepada pelajar agar ilmu yang diperolehi dipraktik dan dikongsi bersama rakan-rakan.






Antara pelajar yang mengikuti sesi ceramah


Gadget ICT terkini 'Dokumen Camera' digunakan
bagi memudahkan penerangan
ketika sesi penerangan


Pelajar memenuhi dewan makan
bagi mengikuti sesi ceramah


Ustaz Sabri Bin Aziz
Penceramah




VISI KAMI : AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

0 komentar:

Hubungi Kami

SMA AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU PERAK. NO. TEL : 057270295 FAKS : 057270297

PROFIL RINGKAS SMA AL-HIDAYAH

- Ditubuhkan pada 1949
- Mulanya dikenali Madrasah Al-Hidayah Ad-Diniah
- Era 90-an menjadi Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Hidayah
- Kini SMA Al-Hidayah setelah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Pengajian agama dan akademik serentak
- Prasarana pembelajaran dengan kelas, asrama, gelanggang, bengkel KHB, Bilik Komputer dan sebagainya.
- Antara pelajaran agama, Feqah, Tafsir, Hadis, Adab Nusus, Insya' dan lain-lain.
- Pelajaran Akademik semua yang menjadi wajib dalam KBSM
- Pengajian dari Ting. 1 hingga 6
- Peperiksaan : PMR, SPM, I'dadie, Thanawi, STAM
- PENGAMBILAN KE TING. 1/2012 KINI DIBUKA



FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

“Pendidikan islam adalah sesuatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.”

VISI SEKOLAH


AL-HIDAYAH CEMERLANG TAHUN 2015

DOWNLOAD HSP

BANYAKNYA LINK












VIDEO ISTIMEWA

KLIK UNTUK BAGI MAKAN IKAN

  © Admin Al-Hidayah Menjana Generasi Murabbi by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP